Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Dari hari ke sehari wajah sebenar Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) kian terserlah . GMS yang merupakan organisasi haram mahasiswa yang bertindak secara terburu-buru dan gopoh demi "personal interest" individu tertentu dengan memanipulasi mahasiswa untuk terlibat dalam gerakan yang bersifat bawah tanah . Berjuang dengan hasrat menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat merupakan satu tujuan murni tetapi siapakah GMS yang mendakwa mewakili mahasiswa KUIS sedangkan sudah ada pelbagai persatuan dan organisasi yang berdaftar melakukan perkara yang sama. Namun untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS semata-mata merupakan bukti kuat personal interest individu dalam GMS sendiri. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang memang tidak bermatlamat dan gopoh dalam membuat perancangan.
Susun atur gerak kerja GMS yang mendakwa telah menelan beberapa ‘purnama’ hanyalah omong kosong semata2 sedangkan kemuncak demostrasi pada jumaat yang lalu pun dibuat setelah wayang dan fitnah GMS kian terserlah dan mula terbongkar. Walaupun begitu himpunan tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang ingin memalukan pihak pengurusan serta memberi imej buruk kepada KUIS sebagai Institusi Pengajian Islam. Kewujudan GMS juga adalah berdasarkan menteliti singkat sesetengah mahasiswa dan perasaan bersalah individu tertentu apabila tidak dapat menunaikan harapan ibu bapa dalam prestasi pengajian menyebabkan tindakan bela diri yang bagi mengalih isu dengan harapan kelemahan diri sendiri dapat disembunyikan dari pengetahuan ibu bapa dan umum. Dengan menggunakan alasan yang tidak wujud seperti tidak mahu melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian GMS telah dengan sembrono ditubuhkan oleh individu tersebut.
GMS bangkit dengan minda yang lesu dan singkat untuk cuba menjadi hero merobah penderitaan kepada pembelaan. Sedangkan isu-isu tersebut tidak pernah timbul dan isu isu kebajikan yang ada telah di ambil tindakan dan diselesaikan dengan berhikmah oleh MPM dalam perbincangan yang sihat dan membawa hasil. Meskipin majoriti pandangan dari pelbagai golongan bahkan mahasiswa sendiri yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun GMS tidak pernah ambil tahu dan masih cuba untuk menegakkan benang basah mereka. Dengan menggunakan slogan Retorik Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus akan memporak perandakan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tersohor Dan dalam menuntut pembelaan harga yuran termurah KUIS diturunkan.
GMS konon-kononya memperjuangkan konsep kebebebasan bersuara terlupa bahawa merekA adalah golongan minoriti, pelajar kuis berjumlah 6000 lebih...sedangkan yang menyokong GMS 2000 lebih..namun angka tersebut juga amat meragukan"
Apakah sumber yang digunakan ? TV3 suku dan Berita Hairan.
PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09
Sunday, November 15, 2009
PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM
KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI
Assalamualaikum wrt brkth
Saudara Mohd Ridzuan Mohamed YDP MPM UM 08/09 telah memberi respon beliau kepada kami melalui email, beliau menyatakan pihak MPMUM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dalam kenyataan yang di buat oleh TYDP MPMUM Mohd Hafiz bin Ilyas dan Pihak MPMUM memohon sebarang penjelasan atau maklumat berhubung kenyataan saudara Mohd Hafiz ILyas pengunjung boleh merujuk kepada TYDP Mohd Hafiz bin Ilyas sendiri dan web mahasiswakini yang menyiarkan kenyataan tersebut.
Berikut Disiarkan Email yang memuatkan penafian MPMUM terlibat dalam isu GMS, MPMUM sendiri menafikansebarang campurtangan dalam hal ehwal dalaman IPT lain..
Klik disini untuk baca lagi
Live Traffic Map
tv3 GMSkuis
BACALAH
Program Bakti Amal Kasih Siswa Anak Asnaf (Baksa-LZS)Dengan Kerjasama KUIS
Dipetik dari Harian Metro dengan tajuk "Selami erti kesusahan"
PUCHONG: “Saya berpeluang menyelami kesusahan yang dialami keluarga angkat apabila menyertai program ini kerana kebanyakan keluarga adalah golongan ibu dan bapa tunggal, serta kurang stabil dari segi ekonomi,” kata peserta Program Bakti Amal Kasih Siswa Anak Asnaf (Baksa-LZS) ketika di temui di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6, di sini semalam.
Pelajar tahun akhir Diploma Bahasa Arab, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Nurul Fathiyyah Izzati Afifah Ibrahim, 20, berkata peluang menyertai program ini memang dinantikannya kerana dia dapat mengenali dan mengeratkan silaturahim dengan penduduk.
Program anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Petaling dengan kerjasama Kuis membabitkan 40 pelajar kolej terbabit dan 40 keluarga yang menetap di pangsapuri berkenaan.
Pengarah program, Mohd Amir Mohd Azam berkata, program ini bertujuan menjalinkan silaturahim antara pelajar dengan penduduk serta melahirkan sikap keprihatinan mereka sebagai anggota masyarakat dalam pembangunan sahsiah remaja.“Kehadiran pelajar ini turut menjadi pencetus semangat dan dorongan anak-anak di sini untuk maju dalam pelajaran dan menanam minat cintakan ilmu,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.Katanya, program terbabit pertama kali diadakan di daerah Petaling dan peserta ini adalah perintis program, malah ia akan dijadikan acara tahunan jika mendapat sambutan.
Menurutnya, peserta terbabit adalah pelajar tajaan LZS yang juga anak penerima asnaf, begitu juga keluarga angkat dipilih selepas menerima jemputan daripada LZS malah penyertaan program itu diadakan secara sukarela.
Ibu tunggal kepada lapan anak, O Maria Ibrahim, 41 berkata dia gembira dan seronok menerima anak angkat, Siti Murni Shahrom, 20 kerana tidak pernah menjangka untuk menyertai program seperti itu sebelum ini.
“Dia (Siti Murni) boleh mendapat pendedahan mengenai cara hidup di sini dan merasai kesusahan yang saya dihadapi lantaran kematian suami sejak 2006 akibat kemalangan,” katanya yang ditemani Siti Murni.
Pelajar tahun akhir Diploma Bahasa Arab, Siti Murni turut gembira kerana berpeluang mengenali ibu serta adik-beradik angkat yang lain dan berjanji akan meneruskan hubungan silaturahim antara mereka walaupun tamatnya program terbabit.
“Program ini meluaskan pergaulan saya dengan masyarakat kerana sebelum ini ia hanya terhad dalam lingkungan rakan sekolej sahaja,” katanya.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu bermula semalam turut memberi peluang kepada pelajar tinggal bersama keluarga angkat serta menyertai acara menarik seperti gotong-royong, solat berjemaah, malam kebudayaan dan kerohanian.
/> klik disini untuk baca lagi
KOLEJ Universiti Islam Selangor (Kuis) menggondol empat emas, tiga perak dan tujuh gangsa, sekali gus muncul juara keseluruhan temasya sukan Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) ke-15 di Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) di Kuala Sungai Baru, Melaka, baru-baru ini.
Tempat kedua disandang Kuim dengan memperoleh empat emas, dua perak dan tiga gangsa, manakala Pusat Asasi Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menduduki tempat ketiga dengan tiga emas, tiga perak dan lima gangsa.
Malah, Kuim turut dipilih sebagai pasukan terbaik keseluruhan.
Temasya berkenaan bermula sejak 3 Disember lalu dan majlis penyampaian hadiah dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Kuim buat julung kali terpilih menjadi tuan rumah temasya dwitahunan yang mempertandingkan tujuh acara sukan iaitu bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton, bola tampar, futsal dan olahraga.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Ismail Othman; Adun Taboh Naning, Latipah Omar dan Naib Canselor Kuim, Prof Emeritus Datuk Wira Mohd Yusoff Hashim.
Turut mengambil bahagian ialah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (tempat keempat); Kolej Universiti Insaniah (kelima); Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (keenam); Kolej Islam Antarabangsa Malaysia (ketujuh); Kolej Uniti Negeri Sembilan (kelapan); Institut Pengajian Tinggi Johor (kesembilan) dan Kolej Islam Darul Ridzuan (ke-10)./> klik disini untuk baca lagi
Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari dari apa yang terjadi di muka bumi KUIS sebulan dua ini. Kesilapan teori dan praktikal ilmu memincangkan segala-galanya. Niat dan matlamat yang baik, dirosakkan dek cara yang huru-hara tak ketahuan hala.
Walaubagaimanapun, sebagai pihak yang berkecuali yang cuma ingin kebenaran yang memenangi bagi setiap pertempuran, penulis ingin mengharmonikakan kekeruhan yang telah terjadi, agar kepincangan hari ini, tidak terjadi lagi di kemudian hari, InsyaAllah.
Artikel ini, disiapkan untuk membedah lima karekter yang wujud sepanjang pergeseran ini. Lima karekter itu, ngo gms, mpm, pihak pengurusan, mahasiswa serta yang terakhir sekali adalah pensyarah.
Kita mulakan dahulu dengan NGO GMS.
Ngo gms, lahir dari reaksi yang terburu-buru yang tidak begitu memahami keadaan persekitaran dengan baik. Mereka, terburu-buru dalam mengecohkan keadaan. Akibatnya, mahasiswa-mahasiswi kuis terpecah belah kepada banyak belahan bahagian.
YURAN TURUN.
Ya, kita semua sama-sama bersetuju yuran turun, dalam masa yang sama juga kita sama-sama beriman bahawasanya yuran kuis mahal. Tetapi, aksi yang dimainkan adakah secocok dengan kita yang mendakwa, kita mahasiswa Islam yang memperjuangkan nasib rakyat Mahasiswa? Yuran turun di ipts, sebenarnya bukanlah mesti akibat protes ngo gms, tetapi atas timbang rasa pihak kolej.
AKSI DEMONSTRASI.
Pada pagi semalam, telah diedarkan satu lagi flyers oleh ngo gms. Kata mereka, MB Selangor nak beri RM 5 Juta melalui Kerajaan Negeri Selangor. Kata penulis, silakan. Itu, amat-amatlah kita alu-alukan. Tetapi, apa kena mengena apa yang Kerajaan Negeri nak beri dengan demonstrasi? Langsung tidak ada kena mengena. RM 5 Juta itu, milik kuis atau Kerajaan Negeri? Sepatutnya, kalau Kerajaan Negeri boleh beri RM 5 Juta, tetapi masih belum beri lagi hingga ke hari ini, patut ngo gms ini buat demo depan rumah MB Selangor itu sendiri. Bukankah ianya, fair? Selaras dengan tuntutan keadilan, bukan?
Budaya fitnah memfitnah / Machiavellian yang keterlaluan.
Fitnah, bersimpang siur, berkesiuran di atmosfera langit-langit kuis. Apa kena semua ini? Ngo gms kata, nak biah solehah? Tetapi, nampaknya ini sudah jadi biah fitnah memfitnah. Ngo gms katakan, ada penyelewengan dan korupsi. Maka, sehingga ke hari ini, kita masih menanti apa bukti alibi yang ngo gms ada untuk mengabsahkan hujah mereka, mengatakan memang benar ada penyelewengan. Malangnya, sehingga ke saat ini, janji bukti-bukti akan dilunggukkkan kepada kita, tinggal janji.
Fakta yang tak betul atau pemikiran yang memang tidak berapa betul?
Ipts, memanglah orientasinya adalah daripada duit pelajar. Itu fakta yang solid. Kemudian, apabila ada pihak meminta ngo gms buat perbandingan, mana ipts dalam Selangor yang seumpama kuis, yang yurannya lebih murah dari kuis, ngo gms, diam seribu cara. Mereka, gagal buktikan pendakwaan, terma dan syarat PTPTN yang tidak dapat difahami dengan baik, dengan menafsirkan PTPTN adalah untuk wang poket.
Sungguh, mencelarukan dan memualkan.
Mpm: gagal mencontohi ‘Umar ‘Abdul ‘Aziz.
Meskipun sepanjang pertempuran ini, penulis banyak mengenali figure-figure dalam MPM atau pro mpm, seperti nu’aim, syafiq, nasrul, Helmi, Kamal Mustaqim, Dalilah, Fasihatun najah dan yuszairi, ingin penulis katakan, mpm masih punya kelemahan yang tersendiri. Mereka, agaknya lupa pada sosok agung Umawi iaitu cucu kepada ‘Umar al-Khattab.
Sepertimana datuknya yang lampau, ‘Umar ‘Abdul Aziz amat berhati-hati dalam urusan pemerintahannya. Beliau, amat takut akan didakwa di mahkamah Allah kelak atas kegagalan menunaikan beban yang terbeban di pundaknya.
Segala susah derita rakyat disemak. Bukan sekadar, tunggu rakyat datang melapor, bahawasanya aku wahai ‘amirul mukminin, belum makan lagi hari ini. Wahai khalifah, sehingga tengah malam ini, aku hanya menjamah mee maggi.
Bukan begitu. Begini.
Turun, bersengkang mata untuk rakyat, sinsing lengan baju untuk pikul payah susah rakyat tanpa diniatkan untuk dapat undi populis simpati, bukan juga untuk dikenal sebagi ikon pejuang kebajikan rakyat adalah cita-cita murni.
Niat, sewaktu mengangkat sumpah menjadi khalifah adalah untuk mewakafkan diri sebagal khadam (kaki?) rakyat adalah perbuatan yang seharusnya menjadi kewajipan mereka. Masalah rakyat mahasiswa yang tidak disetelkan, patut disetelkan. Perlu, kepada semua warga mpm dan yang bercinta-cita nak jadi warga mpm, bertanya semula kepada diri masing-masing, atas alasan apa aku terjun ke kawasan siasah mpm ini? Untuk mencapap? Untuk Allah? Untuk perempuan? Untuk nama? Atau untuk apa?
Tidak dinafikan, ada warga mpm yang budiman. Juga, tidak dapat dinafikan ada yang tidak budiman. Berkenaan kerja-kerja mereka yang tidak dihebahkan, mungkin, sudah tiba ketikanya, mpm meminta sebuah stesen radio kampus untuk dipublisitikan apa-apa yang mereka buat setiap hari. Jangan disebabkan, kita semua terlampau tunduk tawaduk, kita difitnah.
Pihak pengurusan yang patut diberhentikan?
Penulis, sebenarnya mengalami keperitan yang tersendiri apabila berurusan dengan pihak pengurusan. Pengurusan, amat mengecewakan. Tanyalah kepada mana-mana mahasiswa, cara mereka menguruskan sesuatu masalah pelajar amat membosankan dan boleh diberi gred c kerana prestasi yang tidak memuaskan.
Pihak pengurusan, patut sedar apabila Timbalan Rektor 2 berkata, kuis adalah ipts yang tidak dapat tidak, berorientasikan $. Maka, piagam pelanggan, amatlah perlu dipatuhi bukan untuk dilanggari.
Sebetulnya, pihak pengurusan boleh tersenyum puas apabila masih ada pelajar yang sudi menjijakkan kaki di ibu pejabat mereka untuk menguruskan hal ehwal mereka. Tetapi, malangnya itu tidak berlaku. Para pelajar yang datang, dilayan dengan muka yang masam dan perasaan yang membosankan. Macam mana para pelajar tidak mengamuk dan mengutuk sakan?
Please! Take a note, please! Tolonglah, ambil serius masalah mahasiswa. Penulis, faham, setiap orang ada tempo kemarahan dan keadaan yang berbeza. Namun, perlu diingat juga, adakah setiap hari pihak pengurusan mahu buat muka cenge, muka masam kelat sahaja?
Allahu Rabbi, wahai para pihak pengurusan, gaji yang kamu dapat dan alirkan untuk urusan keluarga kamu semua, adalah hasil dari titik peluh duit yang mak ayah kami bayar. Adakah kamu sanggup bertentang mata di hadapan mahsyar kelak, disebabkan kamu cuma lepak atas kerusi dalam bilik aircond?
Tak takutkah pihak pengurusan dengan apa yang penulis ancamkan? Jangan risau, penulis tidak akan memfitnah kalian keterlaluan. Penulis cuma bercakap tentang apa yang penulis dan sebahagian besar mahasiswa kuis lalui.
Yuran memang mahal.
Itu tidak dapat dinafikan. Tetapi, tolonglah. Penulis merayu kepada pihak promosi publisiti bahagian pengurusan supaya ambil berat hal ini. Majority pelajar yang masuk ke dalam kuis, adalah orang Melayu. Melayu, adalah sinonim dengan kemiskinan. Jadi, perlu difikir semula, apabila pihak pengurusan katakan, kuis berorientasikan kewangan, maka adakah ianya relevan?
Masalah mahasiswa pula.
Jangan kata mahasiswa kuis sudah bangkit sepenuhnya. Yang bangkit, cuma beberapa ketul kueh bangkit sahaja. Kebangkitan mahasiswa, bukanlah dinilai dari sudut acara demo dan kepandaian mengkondem orang sahaja. Kebangkitan mahasiswa, bukan juga dinilai dari sudut sebar flyers sebarkan kemaluan orang sahaja. Kebangkitan mahasiswa, harus lebih besar.
Kebangkitan mahasiswa, pada hari ini, harus lebih mempunyai jiwa yang lebih besar, makna yang lebih mendalam, cita-cita yang lebih tinggi dan matlamat yang lebih murni.
Sekurang-kurangnya, ipts kuis, masih lagi menyediakan tempat kepada mahasiswa yang tercicir dari ipta ciptaan kerajaan. Maka, bukankah ianya satu gedung ilmu yang harus dijelajahi sesegera yang mungkin untuk kita menapak lebih deras lagi di menara gading bernama ipta ciptaan kerajaan? Kenapa kita harus berlama-lamaan di sini dan protes unjuk rasa di sini?
Kita, ada perjuangan yang lebih besar sebenarnya.
Budaya ilmu yang masih belum dibudayakan, budaya ikut-ikutan, taqlid babi butaan, ketaksuban yang memanjang-manjang (Malahan memualkan! Sungguh) bukankah ia harus dikikis habis-habisan?
Bajet 2010, yang baru berlepas meninggalkan kita, penulis fikir ia tidak diwacanakan langsung oleh mahasiswa kuis kita. Jadi, mananya kebangkitan mahasiswa yang digembar-gemburkan? Jadi, siapa yang benar-benar bangkit sebenarnya? Sesungguhnya, kota keilmuwan memanggil-manggil para pahlawannya supaya mempertahankannya. Tetapi, para pahlawannya hanya kalut bersorak sorai entah apa-apa. Mahasiswa, adakah kita telah mempunyai kejelasan pemikiran tentang perjuangan kita yang semestinya?
Masyarakat yang terakhir, adalah masyarakat pensyarah.
Mungkin, penulis agak biadab kerana memasukkan para pensyarah yang mendidik penulis selama ini. Tetapi, apabila dikenang-kenang dan direnung-renung, posisi pensyarah adalah sebagi murabbi: Penternak!
Pensyarah/penternak/penunjuk jalan, seharusnya ke depan dalam memimpin mahasiswa selaku anak-anak mereka. Apabila para pensyarah melihat kelakuan ngo gms dalam aksi demonstrasi tempohari, apa stand para pensyarah sebenarnya? Penulis, tidak pasti sama ada perlu atau tidak para pensyarah turut mempunyai pergerakan mereka sendiri.
Tetapi, yang pastinya, di saat ada segelintir minority mahasiswa yang gigih mencari sebuah kebenaran, perlu ada bimbingan dan tunjuk ajar dari para pensyarah untuk menunjuk jalan.
Sekiranya, para pensyarah hanya mengambil sikap tawaquf dan berdiam dari melibatkan diri, maka akan terjadilah apa yeng telah terjadi. Fitnah, bersimpang siur, berkesiuran berterbangan di atmosfera kuis. Segala ilmu yang dicurahkan selama ini ke atas murid-murid mereka bernama mahasiswa, jika tidak didengari, maka sudah sampai masanya, sang guru merotan anak murid.
Apabila kesesatan dikumandangkan, harus ada yang menumbangkan.
Quran, sendiri berpesan. Kepada insan yang beriman, janganlah disebabkan kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu berlaku zalim terhadap mereka.
Berlaku ‘adillah. Kerana, ‘adil itu lebih dekat dengan taqwa.
Tahukah kamu, apa itu ke’adilan? Ke’adilan itu, adalah meletakkan sesuatu, kena pada tempatnya. klik disini untuk baca lagi
SEKONYONG-konyong sekumpulan mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menggelarkan identiti mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) berarak, berkumpul dan berdemontrasi menuntut apa yang didakwa hak mereka. Sebilangan kecil mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berdemonstrasi menuntut pengurusan universiti menurunkan kadar yuran berasaskan andaian universiti menaikkan kadar harga yuran 50 peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Riuh-rendah universiti akibat keletah anak-anak muda ini. Mereka berkumpul dan berarak dalam kumpulan kecil dalam tempoh seminggu sehingga kemuncaknya pada 6 November lalu, mereka menyuarakan bantahan rasmi - Memorandum Desak: Mendesak Pihak Pentadbiran Menurunkan Yuran Pengajian. Gelagat mereka mendapat liputan media cetak dan elektronik. Media alternatif, termasuk blog melaporkan dengan lebih meluas, termasuk umpat keji, maki dan kata nista.
Berbanding suasana era gelombang kebangkitan mahasiswa pada 1960-an dan 1970-an, perjuangan ketika itu membawa tema penting, lebih jitu membumi, menyentuh akar umbi dan hati nurani rakyat. Perjuangan mereka misalnya untuk memartabatkan bahasa Melayu, kemiskinan rakyat dan kejatuhan harga getah yang lebih dekat kepada suara nurani rakyat serta wibawa bangsa. Akibatnya, suara dan perjuangan mahasiswa dipasung dengan wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pemimpin mahasiswa ditangkap, dipenjara dan ada yang membawa diri lari ke luar negara. Pokoknya, wacana mahasiswa ketika itu mendukung satu tema dan gagasan besar memartabatkan perjuangan bangsa.
Demonstrasi terbaru oleh segelintir mahasiswa ini menampilkan citra dan wajah yang berlainan. Di sekitar persoalan dan isu yang diketengahkan, nyata perjuangan mereka menampilkan satu watak bahawa lumpuhnya wawasan dan idealisme golongan itu. Membawa isu terpinggir, remeh-temeh serta dangkal nyata membelenggu dimensi perjuangan kumpulan serpihan ini. Mengapa dikatakan demikian?
Pertama, sebuah IPTS berbeza sama sekali dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Walaupun falsafah dan fungsi IPTS adalah mendukung dasar pendidikan tinggi negara, matlamat IPTS pada akhirnya ialah kemandirian dari sudut kewangan. Berbanding IPTA yang mendapat sokongan dana dan pembiayaan kerajaan, geran penyelidikan dan inovasi serta sokongan berterusan kerajaan dalam pelbagai bentuk yang lain, IPTS secara umumnya beroperasi bersendirian, mencari duit dan mencipta laba menerusi cara yang diharuskan. Kutipan yuran pelajar adalah satu kaedah bahkan menjadi cara yang paling utama.
Menerusi kutipan yuran itulah, sesebuah IPTS menyokong kesinambungan hayatnya. Ia termasuk belanja operasi, pembayaran gaji dan emolumen, menyediakan kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), kemudahan prasarana, penyelenggaraan kemudahan, bayaran bil dan utiliti, perkhidmatan perpustakaan, makmal bahasa dan multimedia serta kemudahan lain yang perlu disediakan menurut piawaian sebuah institusi pengajian tinggi. Akibat perbelanjaan dan kos yang tinggi terus menerus meningkat saban tahun, maka tidaklah mengejutkan ada laporan sebelum ini menyebut sesetengah IPTS terpaksa gulung tikar.
Jangan juga dilupakan, IPTS perlu melakukan kerja promosi dan pemasaran secara bersendirian untuk mencari pelajar. klik disini untuk baca lagi
Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) dengan rasa rendah diri tidak menafikan bahawa sebarang kenaikan yuran adalah melalui kelulusan daripada pihak KPT. Setelah di teliti dengan setelitinya pihak GMS mengaku ada membuat sedikit kesilapan fakta dan dengan rasa rendah diri pihak GMS memohon seribu kemaafan terhadap semua pihak. klik disini untuk baca lagi
Kenaikan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dibuat selepas persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata seorang pegawainya.
"Isu kenaikan yuran, kita ikut KPT. Sebarang kenaikan setiap yuran akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah (KUIS) dan mendapat persetujuan mereka.
"Kadar yuran yang dikenakan, telah dipersetujui oleh kementerian. Sebarang kenaikan, kita kena mohon kepada KPT," kata eksekutif pemasaran kolej itu Raja Nor Ashikin Raja Ramli kepada Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan kira-kira 40 pelajar KUIS yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang menggesanya campur tangan berhubung isu kenaikan yuran pengajian peringkat diploma dan ijazah.
Mulai 2007, pelajar diploma membayar RM2,500 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM1,000. Manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda membayar RM5,000 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM2,500.
Raja Nor Ashikin juga berkata, Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan dengan pelajar pada 10 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kenaikan yuran pengajian.
Bagaimanapun pegawai pemasaran itu tidak pasti dengan hasil dialog tersebut – yang turut disertai oleh kumpulan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang ke pejabat menteri besar itu.
Tambahnya, KUIS juga memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang mendapat jumlah markah purata terkumpul CGPA sebanyak 2.8 ke atas.
"Kita juga mengenakan yuran diskaun, bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mengurangkan yuran pengajian mereka.
"Sebagai contoh, pelajar yang mendapat jumlah mata 3.5 ke atas, mereka diberi yuran diskaun sebanyak 15 peratus.
"Pelajar yang mendapat mata 2.7 ke bawah, tidak ada potongan," katanya.
Pegawai KUIS itu juga berkata, insitutusi juga turut mencetak dalam borang permohonan mengenai struktur yuran bagi kedua-dua peringkat untuk diisi oleh pemohon.
"Kami tidak ada apa-apa yang hendak disorok," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas memorandum tersebut petang ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan bebanan yuran pengajian setelah mendengar penerangan daripada kedua-dua pihak.
"Kita akan dengar bukan sahaja daripada mahasiswa KUIS, tetapi mahasiswa lain juga, kita akan dengar.
"Mereka mesti mempunyai alasan yang munasabah yang mereka akan utarakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.
"Kerajaan negeri prihatin dan cuba untuk menyelesaikan masalah (ini), di samping cuba memikirkan kerana pengajian tinggi ini memerlukan dana-dana yang banyak, antara dana yang diperlukan adalah kutipan yuran tersebut".. klik disini
untuk baca lagi